Thursday, October 28, 2010

TaHuKaH aNdA???


Bahaya merokok-fakta keburukan merokok dan akibat merokok.

Bilakah anda ingin mengambil keputusan untuk berhenti merokok?
Mengapa anda berhenti merokok?
Kedua-dua persoalan di atas mesti jelas di minda anda jika keputusan berhenti merokok dibuat.
Berbagai-bagai sebab yang anda wajib berhenti merokok, iaitu:


Sama-sama kita renungkan....


Memanjangkan usia

Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.




Pencegahan penyakit

Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.


Sihat dan hidup berkualiti

Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.


Anak-anak sihat

Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.


Remaja merokok

Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.


Gigi kuning

Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.




Bau nafas
Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.






Kulit cantik

Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.


Melindungi keluarga dan rakan-rakan

Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.


Mudah letih dan kurang cerdas

Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.


Baju dan rambut berbau

Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.


Mengurangkan pencemaran udara.

Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.


Kesuburan(fertiliti)

Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.


Disfungsi ereksi

Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.


Berhenti merokok tindakan yang wajar.

Apabila anda mengetahui bahaya merokok dan akibat-akibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok...






usah biarkan diri kita mati atas sebab yang sia-sia...

TENSION!!

Urgghhhh...tensionnye..!!! apekah yang anda rase bile tibe2 anda kena buat sesuatu yang sangat anda tidak suka dan mengganggu masa dan aktiviti lain anda??? saye sure anda juge akan bengang sepertimana saye...!!


hurmmm... arini kene pergi dinner...nampaknye duet pon da bayar...memang terpakse lah saye pergi..sayang tu... but, saye bukan lah seseorang yang terlalu negatif bab2 ni... cume kadang2 apabila kite menganjurkan satu program, yang penting kite kena alert dgan situasi...bayangkan minggu yang nak exam sangat2 ni ade dinner?? sesuai tak korang rase? malam ni saye dah plan nak study BM2... dah lah cuak ngan subjek ni..banyak tu kena bace n fahamkan.. kan dah terganggu study n mase saye..aduhai...apelah malang sangat kali ni....saye plak naik bengang lagik bile tgok segelintir rakan2 lain yang sangat bijak mengambil keputusan untuk lari dari dinner dengan balik rumah....napelah saye tak pernah terfikir nak wat gitu?? aduh laaa....


namun, papepon... saye masih teringat pesan lecturer  subjek KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI saye, yang sangat suke mengulang ayat imbangilah "IQ dan EQ KITE SELALU..." huh nasib baik... kalu EQ kite tak stabil, maknenye kite tak pandai kwal emosi..kite kena rasional... dan saye cube untuk rasional malam ni...saye kene pregi juggaakkkkk!!!uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!





mengingati mati dapat melembutkan hati...


membaca ayat2 Allah dapat menenangkan jiwa...

kAsIhMu AmAnAhKu~


Salam, harini saye nak kongsi 1 lagu yang sangat best pade hemat saye...hehe tajuknye Kasihmu Amanahku oleh In-Team.. biaselah lagu2 In-Team memang best...lirik die sangat bermakna..oleh itu.. layannn..
Penyanyi: In-Team
Tajuk Lirik Lagu: 
Kasihmu Amanahku
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Monday, October 25, 2010

6 SiKaP LeLaKi YaNg mEmBuAtKaN pErEmPuAn BoSaN

Lelaki yang perasan

Perasan! Sikap ini sebenarnya agak sinonim dengan lelaki khususnya lelaki yang menganggap dirinya kacak dan bergaya.  Lebih-lebih lagi jika mereka kaya dan berharta.  Bagi sesetangah wanita, sikap lelaki begini menambah kejengkelan di hati mereka. Namun begitu, tidak dinafikan ada wanita yang sanggup bertahan hanya kerana inginkan harta kekayaan.  Klu diukur kepada keabadian cinta, ia mungkin sangat sedikit di hati mereka.

Lelaki ego

Ego dan keras kepala, ini mungkin sikap ramai lelaki.  Bagi mereka, pantang sekali perempuan menegur kesalahan yang mereka lakukan. Anda mungkin pernah mendengar cerita bahawa ada suami atau teman lelaki yang bertindak menampar isteri hanya kerana isteri memberi teguran tentang sikap mereka yang tidak betul. Di sinilah ego seorang lelaki sebenarnya kerana mereka beranggapan diri mereka mempunyai kuasa ke atas wanita.  Jika itulah yang anda pegang, nescaya anda akan sering ditinggalkan teman wanita.

Sering berbahasa kasar

Sikit-sikit melenting.  Ditegur sikit tetapi melentingnya bagaikan pasangan meminta dia mengadaikan nyawa.  Memang ada lelaki yang sering menggunakan bahasa kasar ketika berbual dengan teman wanita.  Bagi mereka, ia satu sikap yang biasa sahaja tetapi bagi wanita yang lebih sensitive, mereka tentunya akan sering makan hati dengan sikap lelaki begini.  Jadi ketika berbual, selalulah bermuhasabah diri agar orang lain tidak terasa hati.

Mementingkan diri sendiri

Pernahkah anda menyaksikan pertelingkahan berlaku di antara lelaki dan wanita.  Kadang-kala berpunca pertengkarannya dianggap sangat remeh di mana wanita merasakan lelaki sudah tidak mempedulikan dirinya.  Memang benar, ada lelaki yang begitu mementingkan diri mereka merasakan lebih berhak dalam membuat keputusan dalam sebuah keputusan.

Jika itulah sikap anda, lama-kelamaan, sudah tentu sahaja wanita akan berasa tertekan, ia sekali gus menidakkan kehadiran anda dalam dirinya.  Justeru itu, berfikirlah dengan baik kerana bila ego menguasai diri, kita tidak akan cuba memecahkan belenggu yang bersarang di dalam dada.  Tetapi sebaliknya kalau belenggu itu sudah dibuang. insyaAllah, perhubungan yang dijalinkan juga akan berlangsung dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang.

Tidak bertanggungjawab

Tanggungjawab antara sikap yang diamanahkan oleh Allah.  Tidak kira dalam sebuah perhubungan, pekerjaan, rumah tangga dan sebagainya. Jika sudah tidak bertanggungjawab, kita tidak akan tahu bagaimana untuk menilai sebuah perhubungan itu.


Adakah kita hanya mencintainya hanya kerana paras rupa, kekayaan, keturunan atau sebagainya.  Tetapi seorang lelaki yang bertanggungjawab sangat disukai oleh wanita kerana mereka merasakan sangat selamat...

Sunday, October 24, 2010

rindu keluarga la....!!


ni lah mak & abah yang terchenta...!!

haa....see! awal2 lagik dah ade gambar mak ngan abah..aku betul2 bangge lah jadi anak mereka berdue..alhamdulillah...name abah, Awaludin bin Kamis, mak pulak..Khiruni@Khairuni Mohd Zain..tgok...! name pon da sedap..dah kompem2 tuan badan pon hebat2...hehe aii...rindunye nak balik..lambat betulkan cuti...papepun, layanla gambar2 family kat bawah ni..untung2 bleh isi borang kan...err..gurau je..hehehe..


berbuka puasa tepi pantai...indahnye!hehe


ni adik saye, laili farhana namanye...cantik macam saye kan?? lalalala~


nani dan kakak...


tahniah buat kakak, dah grad dah die...bestnye....=)



wajah graduasi..respect la!=)



aikk....?? sape yang konvo????hehe


nani dan imran...yang ni memang rapat...


 permata hati kami berlima...alhamdulillah...bertuahnya kami!!

Semoga kebahagiaan dan keharmonian keluarga yang ALLAH S.W.T pinjamkan kepada kami akan terus dikekalkan sampai ke syurga...aminn..ya RAB..

-sAbAr-

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)


Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar.Tidak perlu kita menta'rifkannya  secara terperinci.Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


Malahan setiap ketika kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka ini ditimpa oleh  sesuatu perkara yang tidak diingini .Hatta terhadap diri kita sendiri pun  sifat ini akan terlintas di hati  bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita.Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang  dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .


Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa ganjaran,kelebihan dan kebaikan yang Allah s.w.t. anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna yang mungkin.Sebagaimana terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan kebaikan sabar ini sebagaimana sabdanya : Yang bermaksud : Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak .


dan telah bersabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas radhiallahu anhu : Sememangnya sifat ini Allah s.w.t.telah membekalkan kepada setiap hambanya samada yang  mukminnya mahu pun yang kafirnya. Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk  Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.



~yOu CoMe To Me~


You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you


You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean
To not know the unseen?, the worlds between

For you I’d sacrifice, for you I’d give my life
Any thing just to be with you
I feel so lost at times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you



Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever
You came to me in that hour of need
Need you more than ever

You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you...

SaTu KiBlAt YaNg SaMa...


Ada yang hitam, ada yang 
putih..Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia akal fikiran yang lengkap sempurna
Walau berbeza kasta budaya, hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci sebagai panduan tuk hidup sejahtera

Seringkali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana, jangan alpa meredah kabus dunia

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala, biarlah yang Esa menghitungkannya
Buang yang keruh, ambil yang jernih tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara untuk menghambakan diri kepada-Nya

Kadangkala kesabaran dicabar tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa...

CeMbUru...!!!

Sungguh aku katakan aku terlalu cemburu melihat kaum hawa mendekatimu..bercakap sambil tersenyum padamu...apa lagi bergambar bersamamu...aku sendiri sudah lama tidak bersua  denganmu...masakan pula bergambar mesra denganmu??

wahai cinta hatiku...aku di sini, sedaya upaya melawan nafsuku menjauhi segala perkara yang aku fikir tidak wajar untuk aku lakukan padamu..demi menjaga hubungan kita..kerana aku tahu..antara kita..masih ada yang memerhatikan kita...ALLAH...! ALLAH....!....ALLAH...!

Melewati hari-hariku...

Sebenarnya…hati ini benar2 rindu untuk bersua denganmu…teringin benar untuk aku luahkan seluruh isi hatiku bahawa aku benar2 sayang, benar2 rindu, benar2 cintakanmu..agar kau takkan lari dariku…agar kau takkan berputus asa untuk mencintaiku…

Lama ku bermenung, membuka minda sejenak…

Apakah yang aku dambakan selama ini? Adakah bahagia sementara yang kucari? Ke manakah kebahagiaan hakiki yang kurindui? Apa yang kucinta itu mampu membantuku di sana nanti?

Oh tuhan…..ampunilah aku…. aku kian hanyut dengan corak dunia…bukakanlah pintu hatiku, Ya Allah…teguhkanlah imanku, tambahkan serta mantapkanlah keimanan di jiwaku nan kian rapuh…bukakan seluasnya langkahku untukku mudah berlari meninggalkan kejahilan diri…hiasilah diriku dengan kelembutan yang berani, kau bekalkanlah hatiku dengan ketabahan dan jati diri yang takkan punah disambar api…Sesungguhnya aku hanyalah insan yang amat mengaharapkan cintamu, Ya Allah… Aku rindukan diri Mu, Ya Allah… namun aku malu dan masih belum bersedia menemuimu….aku malu, ya tuhan…ampunilah aku………

~tInGg!!