Monday, October 25, 2010

6 SiKaP LeLaKi YaNg mEmBuAtKaN pErEmPuAn BoSaN

Lelaki yang perasan

Perasan! Sikap ini sebenarnya agak sinonim dengan lelaki khususnya lelaki yang menganggap dirinya kacak dan bergaya.  Lebih-lebih lagi jika mereka kaya dan berharta.  Bagi sesetangah wanita, sikap lelaki begini menambah kejengkelan di hati mereka. Namun begitu, tidak dinafikan ada wanita yang sanggup bertahan hanya kerana inginkan harta kekayaan.  Klu diukur kepada keabadian cinta, ia mungkin sangat sedikit di hati mereka.

Lelaki ego

Ego dan keras kepala, ini mungkin sikap ramai lelaki.  Bagi mereka, pantang sekali perempuan menegur kesalahan yang mereka lakukan. Anda mungkin pernah mendengar cerita bahawa ada suami atau teman lelaki yang bertindak menampar isteri hanya kerana isteri memberi teguran tentang sikap mereka yang tidak betul. Di sinilah ego seorang lelaki sebenarnya kerana mereka beranggapan diri mereka mempunyai kuasa ke atas wanita.  Jika itulah yang anda pegang, nescaya anda akan sering ditinggalkan teman wanita.

Sering berbahasa kasar

Sikit-sikit melenting.  Ditegur sikit tetapi melentingnya bagaikan pasangan meminta dia mengadaikan nyawa.  Memang ada lelaki yang sering menggunakan bahasa kasar ketika berbual dengan teman wanita.  Bagi mereka, ia satu sikap yang biasa sahaja tetapi bagi wanita yang lebih sensitive, mereka tentunya akan sering makan hati dengan sikap lelaki begini.  Jadi ketika berbual, selalulah bermuhasabah diri agar orang lain tidak terasa hati.

Mementingkan diri sendiri

Pernahkah anda menyaksikan pertelingkahan berlaku di antara lelaki dan wanita.  Kadang-kala berpunca pertengkarannya dianggap sangat remeh di mana wanita merasakan lelaki sudah tidak mempedulikan dirinya.  Memang benar, ada lelaki yang begitu mementingkan diri mereka merasakan lebih berhak dalam membuat keputusan dalam sebuah keputusan.

Jika itulah sikap anda, lama-kelamaan, sudah tentu sahaja wanita akan berasa tertekan, ia sekali gus menidakkan kehadiran anda dalam dirinya.  Justeru itu, berfikirlah dengan baik kerana bila ego menguasai diri, kita tidak akan cuba memecahkan belenggu yang bersarang di dalam dada.  Tetapi sebaliknya kalau belenggu itu sudah dibuang. insyaAllah, perhubungan yang dijalinkan juga akan berlangsung dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang.

Tidak bertanggungjawab

Tanggungjawab antara sikap yang diamanahkan oleh Allah.  Tidak kira dalam sebuah perhubungan, pekerjaan, rumah tangga dan sebagainya. Jika sudah tidak bertanggungjawab, kita tidak akan tahu bagaimana untuk menilai sebuah perhubungan itu.


Adakah kita hanya mencintainya hanya kerana paras rupa, kekayaan, keturunan atau sebagainya.  Tetapi seorang lelaki yang bertanggungjawab sangat disukai oleh wanita kerana mereka merasakan sangat selamat...

No comments:

Post a Comment

~tInGg!!