Saturday, July 30, 2011

~AhLaN wAsAhLaN yA rAmAdhAn..!

Assalamualaikum semua..hope, everyone is better today !;)


Sebenarnye.. di kesempatan entry kali ni.. elly nak ucapkan selamat berpuasa @..


 SELAMAT MENYAMBUT

BULAN RAMDHAN AL-MUBARAK !!

ahlan wasahlan ya Ramadhan...

kepada semua umat Islam di dunia...! semoga.. kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih dapat dihayati dan dijalani dengan lebih sempurna dan penuh makna... diharapkan..kite same2 mendapat kesempatan untuk bermuhasabah diri..menambah amal kebaikan.. serta menebus semula segala amalan2 sunat yg tertinggal sebelum ini untuk berlumba2 dikerjakan sepanjang bulan Ramadhan akan datang dan harapannya dapat dikerjakan pada bulan2 keseterusnya....(menjadi amalan harian) waahhh..bertuahnya kalau dapat bertemu dengan LAILATUL QADAR kan?! subhanallah...semoga Allah membuka pintu hati & menambah keimanan di hati elly dan rakan2 semua untuk sama2 mengerjakan ibadat pada bulan Ramadhan kali ini sekali gus bertemu dgan LAILATUL QADAR..dengan izin Allah...;)


Sabda Rasulullah s.a.w:

((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))

(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperoleh apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperoleh apa-apa melainkan berjaga sahaja)). Riwayat Imam Ahmad

Hadis di atas membayangkan bahawa pada bulan Ramadan terdapat juga golongan yang berpuasa namun mereka tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala kerana mereka berpuasa dalam keadaan jahil atau ketika berpuasa mereka turut melanggar syariat Allah Taala. Justeru bagi memastikan ibadah puasa Ramadan tidak dilalui dengan sia-sia sewajarnyalah kita berusaha membuat persediaan rapi demi memperolehi ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah Taala sepanjang Ramadan.


Oleh itu, renung2kanlah...biarlah kita berpuasa ikhlas kerana Allah..& kita faham konsep asas berpuasa..jangan sampai ibadat kita hanyalah sia2...nauzubillah...  akhir kata, ampunkanlah salah silap elly sepanjang berblogging dan berkawan dengan kawan2 semua ea... 


target pada bulan Ramadhanku yg terakhir ini....;



  1. Nak bersahur walaupun sedikit@ sekejap (kerana bersahur membezakan antara puasa umat Islan dengan bukan Islam)
  2. Nak solat di awal waktu
  3. Nak tambah solat sunat qabla & bagda solat, solat hajat, solat dhuha,nak cuba bangun malam untuk qiamulail + solat tarawikh !!(tak sabarnye..! Ya Allah...berikanlah aku kekuatan, Ya Allah,,,(>__<))
  4. Nak berpuasa hati(nafsu), mata, mulut, tangan, dan kaki selain puasa dari makan dan minum !
  5. Nak khatamkan Quran..at-least 1 juzuk 1 hari...insyaAllah..
  6. Mahu bertadarus dengan housemate selepas solat Asar...
  7. Mahu menambah bacaan pada buku2 yg boleh mensucikan hati..
  8. Mahu bersedekah seikhlas hati walupun sedikit
  9. Mahu berzikir dan solat sunat taubat..
  10. Mahu menjauhi maksiat & tempat2 yg bleh membawa kpada maksiat...



Selamat Berpuasa kawan2 !;)

No comments:

Post a Comment

~tInGg!!