Friday, August 26, 2011

~kisah kuceng2 saye.

hahahaii~ hehe rajin kan saye menulis entry??? kih3 sebab lame dah tak tulis...jadik, saye bayar balek entry2 baru untuk tatapan para tetamu yang comel2 atas kesudian kamu melawat saye di sini... so, harini, nak cite pasal kuceng2 saye yang sememangnye banyak, manje, mengada2 dan memiliki name yang sangat advanced. 

    Antare name mereka ialah TOP UP, KREDIT, BULLU, POMEN, MENTIGA, dan  Y 2 J haha unik bukan? percayalahh.. itu memang name mereka..hihi tapi, merekalah permainan saye dikala waktu suka, duka, lara, sunyi, gembira, sedih, dan jugak mase gerammm.......!ngeh3

inilah mereka yang saya maksudkan...taraaaaaa~~~! 



owh saye ridukan mereka stiap mase taww !!(T___T)

~mAjLiS bErBuKa PuAsA sEm 2~

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua..hihi pose tak neyy?? macam ade bau megi jep kat cniii...ngeee~ sape tak pose, angkat tangan macam die~~ ngeh3 sudah2. ok tak nak mengarut dah. kurus pose i macam i nanti..aww hahaha okeh. kali ni ak nak cite pasal majlis berbuka puasa sem ni di bawah kelolaan Cik Mira selaku Penolong opsyen kami macam biaselah BM/PJ/PSV SEM 2 kami tahun ni... majlis ni memang khas untuk kelas kami...thats why ak pon terlibat yer..kalu tak, tak pasti lagi keberadaan ku di sini...nyiahaha !hehe thanks taw KK and PKK...kellaass kaw jahh~! haha










~saaaayangg BM/ PJ/ PSV AMBILAN jANUARI 2011!!!
(>______<)hihi

Ayuh ber B.I.G kawan-kawan!

assalamualaikum... hai olls ! chat tak harini..? hmm ak just nak wat short entry for today...act, entry ney dah taip lame da..cume tak post je lagik..sebab....hmmm.. sebab malas !huh jujur bukan ? lalala

rite, baru2 ni, ak ber BIG kat sekolah kebangsaan pantai senak, bachok... ak and da geng wat program motivasi untuk student tahun 5.. best taw u alls! tapi memg penat giler arr tyme dera emosi diorang untok sesi muhasabah diri ! haha sorii alls..kepada guru pelatih terlibat yang turut ternanges tuh ak mintak maap jugak lah yer...sape surh korang menjiwai watak sangatt..ngeh3~ ak nak wat kat budak2 tu jer..alahaii~ hehehe anyway..tahniah kepada semua warga PISMP BM/PJ/PSV SEM2 dan mEnToR tErHoRmAt KaMi ~ ENCIK MAZRI BIN ABD RAHMAN  yang turut setia menemani kami berprogram di setiap program kami !thanks cik.. 

semoga program Bina Insan guru kali ini berjaya membawa sedikit perubahan dalam diri para pelajar tahun 5 SK Pantai senak sekalian. Cekgu Elly sayang kamu semua ! gud luck untuk UPSR 2012 ye sayang2ku sekalian.




Ok dah. bubbye!

Friday, August 19, 2011

~pEnGhIjRahAn iTu,,,

Assalamaulaikum semua !slamat berpuase..slamat sejahtera...ngeee~

 Harini terlebey rajin plak kan...make ak pon tulis lah entry...huhu 
haa~ harini, aku nak story mOrRY sket pasal sebuah 'penghijrahan' yang telah pon aku buwat secara drastiknye!ngeh3 *padahal tukar phone je pown..haha eleyyh jangan nak jeles eak..!;P hihi 

di saat manusia tengah mengagung2kan phone touchscreen, ipad, iphone, ilove u~ haha  aku sorang je baru nak pakai phone slaid! see...? ketinggalan zaman bukan? owh itu tak jadik masalah lah kan... ak bukan minat sangat dengan phone...janji boley kol & msg my laling mama & papa sudeyy..kan3??hukhuk kalau dulu aku asyik pakai phone nokia je..tapi sekarang ak dah pandai berjinak2 dengan sony ericson..ehehe alah, bukan ape, saje tukar angin org kate... 

tu pown kalu ikot hati, memg tak maw tukar...hs nokia yang lame ni abah yang belikan taw~ dan aku adelah seorang anak yg secara automatiknya amat menyayangi apa2 saje yg mak & abah hadiahkan sampaikan macam kedekut taik idung masin pon ade coz tepon dah nazak giler pon sayang g nak tukar... henset nokia aku tuh menghembuskan nafas terakhir beliau baru2 ni sebelum aku balek kota bharu..cess! goram eden..maka, terpaksalah aku mencari penggantinya yang baru seterusnya berkahwen dengan mr sony pulekk...hahaha terhiburkah anda semua dengar cerita aku neyyh?? what??! tak pon?? never mind.. 
do I care?;PPhihi 
btw, thanks sebab sudi singgah n bace entry2 cabok aku kat teratak comot aku ney...sehingga ketemu lagik kawan2..! selamat berbuka ya !;))

piCs untOk dilayan~~ ;)



ini dia NoKiA 3120C- PhOnE kEsAyAnGaNkU dalam nostalgia~ngeee


okEyH~ yang ini PENGHJIJRAHAN BARU SAYE. sekian.   ;)

Tuesday, August 16, 2011

Apa itu Nuzul A-Quran??

Malam Nuzul Al-Quran Di Bulan Ramadhan.


Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Di antaranya peristiwa yang maha agung dalam sejarah umat Islam, umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu tidak lain peristiwa turunnya kitab suci atau dikatakan sebagai Nuzul Al-Quran. Dan peristiwa itu dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai memperingati kita semua sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud,

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan- keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah”

Sebagai umat Islam memang sewajarnya memperingati peristiwa ini dengan rasa penuh syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana telah memilih kita di kalangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diturunkan kitab suci Al-Quran.


Amalan Yang Sering Dilakukan Pada Hari Nuzul Al-Quran.


Selalunya bila tiba Hari Nuzul Al-Quran kita digalakkan beriktikaf di masjid, sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir, membanyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai, membanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala, membanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.





*p/s selamat beramal semua..!(>__<)

Niat Puasa Fardhu Ramadhan sebulan???

Semoga menjawab persoalan yang mungkin pernah terdetik di hati muslimin dan muslimat semua...insyaAllah..

Bolehkah kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan tanpa perlu berniat puasa Fardu Ramadhan tiap-tiap hari?

Jawabnya pendapat bagi niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan ini sebenarnya bukanlah pendapat daripada mazhab Syafie. Pendapat dalam mazhab Syafie ialah berniat puasa fardu Ramadhan adalah wajib tiap-tiap hari. Umpamanya esok mahu berpuasa makanya malam ini kita berniat puasa Fardu Ramadhan. Begitulah untuk hari-hari yang seterusnya. Maka bagi kita yang selama ini sentiasa berpandukan atau berpegang pada pendapat-pendapat dalam mazhab Syafie hendaklah niat tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan.

Maka persoalannya, adakah boleh kita amalkan pendapat yang mengatakan boleh niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan?

Jawabnya tiada masalah untuk kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan TETAPI perlu juga kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.

Jadi timbul pula persoalan, apa gunanya kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan dan niat pula puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari?

Jawabnya jika dalam bulan Ramadhan itu ada hari yang kita terlupa untuk berniat puasa umpamanya pada hari ke-10 Ramadhan kita terlupa untuk berniat puasa maka perbuatan kita terlupa itu dimaaf dan puasa kita pada hari itu adalah sah kerana kita sudah berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan. Dalam situasi ini, niat puasa sebulan yang kita niatkan pada awal Ramadhan itu akan menampung hari yang kita terlupa untuk niat puasa itu.

Jadi yang terbaiknya ialah kita berniat untuk puasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan kemudian kita berniat pula puasa Fardu Ramadhan untuk esok iaitu hari pertama puasa Ramadhan itu. Dan untuk hari-hari berikutnya kita berniat puasa tiap-tiap hari seperti biasa.

Niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan lebih kurang begini, ”Sahaja aku puasa Fardu Ramadhan, sebulan penuh dalam bulan Ramadhan  kerana Allah Ta’ala”.

Dan niat puasa untuk tiap-tiap hari seumpama beginilah, ”Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Sebagai penambahan, berniat puasa Fardu Ramadhan tidak disyaratkan dalam keadaan berdiri, tenang dan sebagainya. Boleh berniat puasa Fardu Ramadhan ketika dalam solat. Umpamanya ketika sedang tahiyyat akhir solat Fardu Maghrib, boleh berniat puasa pada ketika itu. Boleh juga berniat puasa ketika sedang berbuka puasa dan sebagainya. Berniat puasa tidak disyaratkan dilafaz pada lidah, sekiranya dilafazkan pada lidah sekalipun niat itu maka tiada cukup kerana wajibnya ialah dihadirkan niat itu di dalam hati. Berniat puasa itu ialah pada waktu malam.

Apa yang dimaksudkan dengan waktu malam?  

Jawabnya yang dimaksudkan dengan waktu malam ialah suatu waktu daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar. Maka tiada puasa Fardu Ramadhan bagi orang yang berniat puasa Fardu Ramadhan pada siang hari.

Kesimpulannya, boleh berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan DAN perlu juga ke atas kita untuk berniat puasa Fardu Ramadhan bagi tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.

** Mohon disebarkan pada semua, moga tiap-tiap yang membaca dapat manfaat darinya.

*** Setiap apa yang ana sebarkan yang mengandungi hukum dan sebagainya berdasarkan pendapat  mazhab Syafi’e

Monday, August 1, 2011

~Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Ramadhan Al Mubarak

  • Pintu langit dibuka.

  • Pintu-pintu syurga dibuka.

  • Bulan yang penuh keberkatan.

  • Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.

  • Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu.

  • Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.

  • Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.

  • Bulan menambah rezeki.

  • Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam.

  • 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.

* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)
* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).


~Ayuh sama-sama kita manfaatkan Bulan Ramadhan ini agar dapat memperbaiki kehidupan bulan ini, tahun ini, dan selamanya! amin..

~tInGg!!