Sunday, June 10, 2012

untuk apa aku gantungkan cinta ini??

buat bakal imamku,
maafkan aku andai aku seperti tidak punya hati
tidak punya apa-apa perasaan terhadapmu
tidak pandai bermain kata
tidak pandai membelai hatimu
tidak membalas kata cintamu
tidak punya apa-apa kelebihan di hadapanmu

Namun,
ketahuilah..
jauh di sudut hatiku
hanya kau yang satu
aku telah lama jatuh cinta denganmu
aku telah lama menyayangimu
aku telah lama belajar erti setia untukmu

tapi...
untuk apa aku khabarkan kepada semua?
untuk apa aku canangkan segala?
untuk apa aku hulurkan kata indah buatmu setiap masa?
untuk apa aku biarkan nafsumu bergelora?

buat bakal imamku,
akan kubuktikan cintaku padamu
setulus dan seikhlasku saat lafaz sakinah itu kudengar,
saat layaknya aku kau miliki sepenuhnya
Akan ku terima dirimu seadanya,
Akan ku jaga dirimu sepenuhnya,
Akan ku pastikan kau bahagia

Agar kau tahu maksudku selama ini
yang ingin bercinta denganmu hingga syurga
yang hanya ingin membelai rasa cinta halal denganmu bagai di syurga
yang hanya ingin menjadi ketua bidadari untukmu juga di syurga

kerna kau bakal imamku..insyaAllah

* ku garapkan khas buatmu yg telah lama kutunggu ;)
Semoga Allah memelihara perasaan kita dan dijauhkan daripada maksiat dan zina yang lahir dari hasutan dan godaan syaitan..nauzubillah !

No comments:

Post a Comment

~tInGg!!