Monday, February 11, 2013

Aku ingin menjadi ketua bidadarimu..

Melewati lembaran hasil bingkisan Dr fatimah Syarha mlm ini.. hati jadi terpanggil untuk mengarang di sini lagi..

    Aku rasa tenang dan gembira apabila mengetahui suami dan isteri yang soleh dan solehah akan berkahwin lagi di akhirat, demikian pendapat Ahli Sunnah Waljamaah. Aku sangat takut jika aku tak mampu menjadi isteri solehah untuk suami sesoleh dirimu. Kelak, jika kedudukannya tidak melayakkan aku untuk bernikah lagi denganmu, Allah swt akan gantikan untukmu pasangan akhirat yang jauh lebih baik. Tika itu, aku tidak layak menjadi ketua bidadarimu. nauzubillah.

    Buat para isteri solehah yang memiliki suami yang tidak soleh pula, teruskan menjadi isteri yang solehah untuknya. Contohi ketabahan Asiah menghadapi Firaun. jangan sesekali menyesali takdirmu kerana mungkin Allah sengaja mentakdirkan begitu supaya Dia mempunyai sebab untuk melimpahkan pahala sabar padamu. Akhirnya, mungkin pahala sabar itu nanti akan memimpinmu ke darjat yang tinggi di syurga dan dianugerahi pasangan yang baik di sana.

   Di syurga, sekalipun Allah swt memberikan tawaran kepadaku atau kepada mana-mana wanita solehah untuk memiliki suami lain yang lebih soleh, aku dan mereka pasti akan memilih suami yang soleh ketika di dunia. Lamaran lain ditolak semuanya. Begitu digambarkan oleh para ulama.

   Suamiku, andai dengan redhamu, aku layak ke sana, pasti aku akan meminta dirimu bersama dan aku akan memilih untuk menjadi ketua bidadari untukmu.

Dan hatiku terus menangis... layakkah aku menjadi seorang wanita solehah lalu menjadi isteri yg solehah ? ya Allah...kurniakan daku pendamping hidup yg benar2 soleh dan mampu membawaku ke jalanMu.. (T___T)


Sunday, February 10, 2013

tewas buat kesekian kalinya

malam ini.. aku tewas lagi.. sudah beribu kali mungkin.. aku berjanji untuk tidak ke sini.. beribu kali mungkin aku berjanji untuk tidak memandang ke belakang.. beribu kali mungkin.. aku berjanji untuk melupakannya... beribu kali mungkin.. aku berusaha menjauhkan perasaan ini... beribu kali mungkin.. aku belajar bangun sendiri.. beribu kali mungkin.. aku cuba mengingati saat2 pahitku agar aku belajar membencinya.. beribu kali mungkin.. aku cuba untuk berpura2 tabah di hadapan orang lain.. beribu kali mungkin.. aku berjanji untuk tidak menangis lagi.. dan segalanya cuma sia-sia.

~tInGg!!