Sunday, September 29, 2013

Selamat jalan...

aku sering menyalahkan takdir.. kerna... mengapa aku yg menjadi mangsa setelah semuanya terjadi? aku pernah merasa marah kerna terlalu terhiris dan pilu dengan kenangan yg sering kali menghantui.. aku selalu saja berpesan pada hati dan air mata agar tidak murah dan mudah menuruni lekuk pipi ini.. sehinggalah suatu saat... aku tersedar dari lamunan.... aku tidak betah terus membenarkan diri ini hanyut dinodai kenangan pahit yang telah meragut erti bahagia dalam mahligai yg kukenal sebagai MAHLIGAI CINTA.. 
Ya, mahligai itu masih berada dikotak fikirku! Aku harus bangkit meneruskan kehidupan.. aku perlu berpijak di bumi nan nyata..dan tidak membiarkan segalanya menghanyutkanku dan melemaskan tubuhku dalam limpahan kedukaan yang pernah singgah dalam hidup ini.. aku sendiri perlu kuat untuk menampal semula robek luka lama yang masih berbekas agar tidak kelihatan di mata zahirnya meski takkan hilang dimata batinku..Selamat tinggal kenangan.. selamat jalan duka.. moga esok, kau tidak lagi bersahabat dengan air mataku !

Wednesday, September 25, 2013

Isteri, jadilah seperti buah manggis...

Isteri, jadilah seperti buah manggis...

Mengapa? Kerna meski kau sudah lama dipetik, namun isimu masih bisa dimakan, isimu masih elok dipangkal rasa..

maksudku, sungguhpun sudah lama kau disunting menjadi seorang isteri.. namun hatimu masih tetap kau jagakan..biarlah ia sentiasa seputih isi manggis.. yang suci tanpa noda dosa kecurangan terhadap pendamping hidupmu yang akan menjadi saksi bahawa dirimulah yg selayaknya menjadi ketua bidadari untuknya disyurga.. kau jua harus menjaga dan memelihara auratmu sebaiknya.. ibarat kulit manggis yang walau semakin tua, semakin kering dan keras namun tetap mempertahankan bentuk isinya.. harapnya imanmu juga bisa semakin kental sepertinya...kerna apa yang ada padamu, benar-benar MARUAH suamimu :)
ikhlas dariku, untukmu muslimah

Tuesday, September 24, 2013

Balqies..

Setelah lama aku menyepi.. terasa lama benar aku tak menarikan jemariku di atas butang huruf komputer ribaku..hihi * amacam? ade perubahan tak sejak jadik cekgu ni??hihi kali ni, saje nak cerita pasal praktikum kali kedua yang alhamdulillah, telah tamat kujalani di sebuah sekolah yang agak jauh ke dalam desa.. kalau  fasa satu, aku ditempatkan di sekolah bandar, tapi untuk semester ni, aku minta ditukarkan ke sekolah kampung sahaja.. memang kuakui mengajar di sekolah yang letaknya di bandar sangat memudahkan aku untuk menyampaikan pengajaran.. apapun yang aku suapkan, mudah benar mereka telan dan cerna.. namun, kalau sekolah luar bandar seperti mana sekolah yang aku berpraktikum fasa II ni.. sangatlah berbeza keadaannya, aku berdepan dengan 1001 macam latar belakang murid yang bertaraf  ekonomi yang rata-ratanya sangat daif.. orang cakap cukup2 makan je la nak hidup.. tapi mereka semua tetap bersyukur.. 

Sekolah aku kali ni terletak di hujung pantai yang letaknya di Bachok, aku sangat seronok mengajar di sini.. bagiku, murid kampung lebih menghargai guru.. aku dapat rasakan bahawa mereka masih menghormati guru dan ibu bapa juga masih boleh menerima guru dengan baik, situasi ini agak sukar didapati ketika aku mengajar di bandar dahulu.. serba sedikit pengalaman yang dapat kukongsikan kali ini ialah.. aku terpanggil untuk menulis tentang seorang murid yang dari awal kuterima jadual untuk mengajar kelasnya lagi telah dimaklumkan tentang kekurangannya dalam beberapa kemahiran asas dalam Bahasa Melayu yang menjadi subjek yang akan aku ajarkan. Aku mengambil serius peringatan itu dan berusaha untuk mendekati murid ini..namanya Balqies, cantik dan comel saja tuannya seindah namanya.. hari pertama melangkah ke kelas, aku berkenalan dengan semua termasuklah Balqies.. kulihat dia pendiam orangnya.. hanya pandai tersengeh apabila ditanya. Rata-rata rakan melabel dirinya bisu dan tak pandai membaca.. bila ditanya kenapa mereka berkata begitu? mereka menjawab " Alah,. memang cekgu dah cakap Balqies tak pandai bace.." dan mataku bertentangan dengan Balqies.. kudekati dan kutanyakan perihal kebenarannya.. ternyata Balqies hanya mengangguk dan mengiyakan segalanya.. bermula hari itu, aku merasa bertanggungjawab untuk tidak meninggalkan sekolah itu selagi Balqies tidak tahu menulis sekurang-kurangnya lima puluh perkataan tanpa sebarang rujukan dengan betul !

 Aku bersyukur kerana sebelum aku meninggalkan sekolah itu, aku sempat melihat Balqies sudah boleh bercakap dengan rakannya yang lain tanpa sebarang halangan.. bahkan semakin berani mengangkat tangan dan membacakan jawapannya.. dan yang paling membuatkan aku terharu, apabila Balqies pergi kemejaku pada waktu rehat, dan menulis di hadapanku  Biodatanya dalam bentuk karangan yang kukira cuma terdapat satu dua saja kesalahan ejaannya.. usai menulis, karangannya dilipat kemas dan diberikan terus kepadaku sambil tersenyum sebagai hadiah untuk hari terakhirku di sekolah itu.. Tulisannya sangat cantik dan kemas.. bagiku, tiada apa yang dapat menggembirakan hatiku apabila melihat kejayaan sebegini daripada muridku meski sekejap cuma kami bersua... sungguh ! kukira karangannya itu sebagai salah satu hadiah bermakna buatku sebagai seorang bakal guru..

menangis dalam tawa..

Mengisi tirai malam ini dengan sejuta rasa kesunyian di hati.. betapa sayunya rasa.. peritnya menahan duka.. sesekali aku menarik nafas siksa.. mengapa mesti seusia ini aku menderita.. menderita kisah lukanya cinta yang tak punya penghujungnya.. aku tertanya.. adakah ini cerita cinta untukku? adakah ini saja bahagian untukku setelah lama kusemai dan kujaga rasa cinta ini? terkadang bisa kedegaran keluhan resahku tatkala hati dirundung sepi.. dan rasa itu menampar kembali kesegenap dimensi diri.. tak bisa kutahankan angin nan berlalu bersama khabar  rindu nan syahdu untukku.. oh tuhan, jika rasa ini tidak layak untukku.. kau hapuskanlah.. tolong kikiskannya dari benak fikirku.. aku sudah cukup derita... aku sudah cukup lelah menelan semuanya.. sudah remuk meredah kekalutan ini....bangunkan aku Ya Allah, tabahkan aku.......... dan dirinya seandainya dia juga punya rasa yang sama sepertiku.... (T____T)

~tInGg!!