Saturday, November 30, 2013

Baru seketika.. usai membaca satu page kegemaranku di FB... aku terpandang satu sosok wajah yang kukenal benar tuannya.. Alhamdulillah, katanya sudah menggapai apa yg diimpi iaitu konvokesyen.. subahanallah.. lantas aku segerakan solat dhuhaku.. kusujud lama2 moga rezekinya akn terus bertambah seiring usaha.. moga dia akan terlihat terus tersenyum bersama kehidupannya yang baharu itu.. ya Allah, permudahkan masa hadapannya.. gembirakan hatinya sampai syurga dan kurniakan dia isteri yang benar2 solehah untuk menjaganya..aminn.. terima kasih Allah, aku tumpang gembira dlm setiap linangan air mataku.. :)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (Surah An-Nur ayat 26)

Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka saya tak pernah ragu akan janji itu. Selagi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka saya percaya Tuhan akan mengurniakan saya jodoh yang baik juga. InsyaAllah.. Saya akui saya bukanlah wanita yang baik jauh sekali yang sempurna tetapi saya akan sentiasa menjadi wanita yang takkan pernah lelah dan jemu berubah menjadi yang lebih baik.. Moga Allah pilih, moga Allah izin..

Suatu cerita baharu..



Alhamdulillah... selesai sudah kolokium Pedagogi Pengajaran Bahasa Melayu- Bahasa Indonesia yg telah berlangsung di UPI, Bandung dan UINSK, Yogyakarta... sesungguhnya aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk membentangkan kertas kerja di sana... berbekalkan ilmu yang tak seberapa.. aku dan rakan kumpulan yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan kertas kerja akhirnya berjaya juga mengharungi pelbagai dugaan sebelum dpat membentangkan kertas kerja tersebut.. Sungguh kuakui tanpa jiwa yang kuat, tanpa pergantungan pada Allah, segalanya takkan bisa berjalan lancar.. terlalu banyak kenangan dan ilmu yang aku peroleh sepanjang berkolokium di sana... Hal ini menguatkan lagi hatiku untuk terus menutup pintu hati tentang cinta dan meneruskan cita-citaku untuk mengejar master... terasa segalanya makin jelas dihadapan.. inshaaAllah, aku akan meneruskan kajian lanjutan daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam kajian tindakan semester akhirku di IPG Kota Bharu.. after that, i'll find the ways on how to further my study about bahasa.. aku akan belajar memaafkan segala kesilapan yang pernah aku lakukan dalam hidup ini dan akan cuba untuk bangun semula kerana Allah.. i will !! inshaa Allah..

~tInGg!!