Saturday, November 30, 2013

Suatu cerita baharu..



Alhamdulillah... selesai sudah kolokium Pedagogi Pengajaran Bahasa Melayu- Bahasa Indonesia yg telah berlangsung di UPI, Bandung dan UINSK, Yogyakarta... sesungguhnya aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk membentangkan kertas kerja di sana... berbekalkan ilmu yang tak seberapa.. aku dan rakan kumpulan yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan kertas kerja akhirnya berjaya juga mengharungi pelbagai dugaan sebelum dpat membentangkan kertas kerja tersebut.. Sungguh kuakui tanpa jiwa yang kuat, tanpa pergantungan pada Allah, segalanya takkan bisa berjalan lancar.. terlalu banyak kenangan dan ilmu yang aku peroleh sepanjang berkolokium di sana... Hal ini menguatkan lagi hatiku untuk terus menutup pintu hati tentang cinta dan meneruskan cita-citaku untuk mengejar master... terasa segalanya makin jelas dihadapan.. inshaaAllah, aku akan meneruskan kajian lanjutan daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam kajian tindakan semester akhirku di IPG Kota Bharu.. after that, i'll find the ways on how to further my study about bahasa.. aku akan belajar memaafkan segala kesilapan yang pernah aku lakukan dalam hidup ini dan akan cuba untuk bangun semula kerana Allah.. i will !! inshaa Allah..

No comments:

Post a Comment

~tInGg!!