Sunday, April 6, 2014


Assalamualaikum wb.t.. Lame tak menulis..huhu Alhamdulillah, pada tarikh harini 7 april 2014 dah tak banyak perkara yang perlu disiapkan.. Keadaan sudah beransur tenang.. Semangatku jua semakin pulih.. semua assignments dah hantar.. Proposal juga telah dihantar untuk kesekian kalinya dan diterima oleh pensyarah penyelia.. cuma tinggal observations kali terakhir daripada pensyarah major dan minor.. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah atas kekuatan yang Kau pinjamkan untuk hambaMu yang hina ini..

    Jika direnung kembali.. semester 7 adalah semester yang sangat menuntut ketabahan, kesabaran, dan kecekalan hati... segala suka duka, jatuh bangun dalam semester ini akan kuingat sampai bila-bila.. Ternyata, manusia hanya mampu merancang kisah hidup mereka yang akan datang.. Apa yang dirancang juga pastinya yang indah-indah belaka, apa yang diharapkan pastinya berpenghujung bahagia.. namun, apapun, aku redha.. inilah kehidupan.. yang kadang kala bergelombang kuat, berarus deras, hingga terkadang aku terpaksa akur bahawa aku pernah "lemas" dengan semuanya.. 

   Apapun, aku tumpang gembira dengan berita-berita gembira daripada sahabat2ku yang akan menamatkan zaman bujang masing2.. Alhamdulillah, moga beroleh keberkatan dan dipermudah segalanya.. Ada yang sudah mengarang2 tempat untuk berposting bersama pasangan masing2 selepas tamat pengajian kami tahun ini.. subhanallah.. akhirnya sudah sampai rupanya masa untuk batch kami pula.. kalau dulu, asyik melihat senior2 yang melalui semuanya.. Bulan ini juga menyaksikan semua senior kesayangan telah dapat berposting.. ini juga berita gembira untuk tahun ini.. Nampaknya, tahun depan juga akan mudah jua urusan postingnya..insyaAllah.. Tak perlu tunggu lama2.. tak sabar nak tinggalkan bumi Kelantan.. Maafkan aku, bukan aku tak tahu berterima kasih, malah aku telah jatuh cinta kepada Bumi Serambi Mekah ini.. namun, terlalu banyak lakaran kisah kehidupan yang terlalu perit untuk membuatkan aku terus berdiri di sini.. 

     Selamat meneruskan kehidupan kawan-kawan, selamat menjadi guru,  selamat menjadi ibu, selamat menjadi ayah, selamat menjadi murabbi yang dimuliakan Allah s.w.t !

No comments:

Post a Comment

~tInGg!!