Monday, June 9, 2014

Simpang.

Di antara persimpangan itu..
Aku berdiri..
Menoleh ke kanan dengan suatu tekad..
Aku tidak akan sesekali berpaling ke arah kiri...
Kulajukan langkahan agar aku pantas sampai ke penghujung jalan..
Namun,
Tika saatnya hampir tiba..
Tika detiknya kian berpenghujung..
Tika langkah tinggal setapak dua...
dan aku terpesona dengan suatu aroma indah..
Aroma yang benar-benar menyenangkanku..
Aroma yang bisa menenangkanku sekelip mata..
Aku tercari-cari arah bauan wangian itu...
Hingga suatu saat....
Aku tersentap..
Aku telah berada di hujung persimpangan yang satu lagi..!

1 comment:

  1. :)

    aroma syurga menantimu adik :) insyaallah. amin ya Rabb !

    ReplyDelete

~tInGg!!