Tuesday, June 10, 2014

Suami.

Suamiku, 
Aku tak perlukan pangkatmu,
Kerna aku juga berkerjaya,

Suamiku,
Aku tak perlukan wang dan ringgitmu,
Kerna aku merasa cukup dengan gaji bulananku,

Suamiku,
Aku tak menagih tanggungjawab setiap masa darimu,
Kerna kutahu keutamaanmu adalah ibumu,

Suamiku,
Aku akan berusaha meredhakanmu jika aku dimadu,
Kerna kutahu siapalah aku untuk menolak sunnah Nabi junjunganku,

Suamiku, 
Aku tidak pula mengharapkan pujianmu setiap waktu,
Kerna aku takut kau turut terseret ke neraka dek sifat ujub yang terlahir dari pujian itu,

Suamiku, 
Aku tak minta dibelai manja setiap kali sebelum beradu,
Kerna kutahu kau butuh lebih waktu usai mencari nafkah buatku..

Cuma pintaku..
Selitkan namaku dalam doamu..
Redhai aku di setiap harimu..
Maafkan aku atas segala kekuranganku..
dan..
Pilihlah aku untuk menjadi bidadarimu di "dunia kekalmu".

No comments:

Post a Comment

~tInGg!!