Friday, October 30, 2015

Salam seharum cinta yang baru berputik...



Terkadang notasi-notasi muzik kehidupan tak bisa kita baca 
apatah lagi dimainkan meskipun kitalah penulis lagunya..
Terkadang kita lupa rentak irama dan melodinya yang kadang kala rancak,
 tak kurang pula berentak perlahan seiring balada..

Apapun keadaannya.. belajarlah menghargai setiap notasi itu.. kerna pasti tiap satunya punyai sejarah yang terlalu berharga saatnya dicipta..
Jangan mudah mengalah malah mencari notasi-notasi lain untuk dimainkan.. sedangkan yang kau cipta seharusnya maha indah..

Usah dikejar yang belum pasti, bimbang nanti kau tersedar, tubuhmu penuh bersalut duri!


Salam seharum cinta yang baharu saja berputik..
Mogakan selalu mekar mewangi hingga ke taman syurga..







Saturday, July 25, 2015

Alhamdulillah ya Allah.. ;)

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah...

Maha suci Allah, tuhan yang sentiasa bersama hambaNya..
Walau sejahil mana pun aku..
Walau sekerdil apa pun aku di mata manusia..
Walau selemah mana pun aku suatu ketika dulu..

Terima kasih Allah..
Atas segala nikmat, rahmat, dan hidayah yang kau pinjamkan untukku selama ini...
Betapa aku menghargainya.. 
Terima kasih kerana mengubati segala rasa dengan penuh hikmah..

Alhamdulillah..
Berkatilah segalanya ya Allah..
Redhailah segalanya ya Allah..
Sungguh aku bersyukur atas segala nikmatmu yang maha luas ini ya Allah...

Wednesday, January 7, 2015

Tarikh keramat?

Tarikh keramat itu akan tetap terpahat dijiwa sarat yang senantiasa kugalas..
Tarikh keramat itu telah membiarkan aku bebas..
Tarikh keramat itu telah membenarkan aku tersenyum puas..
Tarikh keramat itu telah menjadi saksi bahawa aku tak mudah tewas..
Tarikh keramat itu telah membuatkan aku kini lebih 'awas'..
Untuk menempuh dunia baharu yang tak pernah lepas..
Daripada dusta dan manusia yang culas lagi buas.

*Selamat tinggal IPG Kampus Kota Bharu.. Terima kasih atas kenangan selama lima tahun setengah di sana.. paling tidak, aku bisa pulang dengan hati yang puas.. kerna merasa bebas daripada segala siksaan batin rasa yang pernah mengganas.

25/11/2014

~tInGg!!